Terma Dan Syarat

TERMA & SYARAT


  1. Hakcipta

    Semua kandungan editorial, grafik, video dan petikan suara di laman ini dilindungi oleh undang-undang hakcipta Malaysia dan triti antarabangsa dan tidak boleh ditiru atau digunakan semula tanpa kebenaran nyata daripada MAZIMA Jaya Enterprise (No. Syarikat PG1292696S) (selepas ini dirujuk sebagai "Syarikat"), yang merizab semua hak. Penggunaan semula sebarang kandungan tersebut di dalam talian bagi sebarang tujuan dilarang keras. Kebenaran untuk menggunakan kandungan keempunyaan Syarikat boleh diberikan bergantung kepada keadaan. Sila tujukan pertanyaan anda kepada ariffraazdinamik@gmail.com. Bahan daripada laman web ini tersedia untuk kegunaan luar talian bagi tujuan maklumat dan bukan perdagangan sahaja, dengan syarat bahawa: kandungan dan/atau grafik tidak dimodifikasi, dipinda atau diubah dalam apa cara pun jua; semua notis hakcipta dan notis lain atas apa-apa salinan dikekalkan; dan kebenaran bertulis telah diberikan oleh Syarikat. Anda tidak boleh memaparkan kandungan atau bahan yang terkandung dalam Suara Melayu Baru Online dalam sesuatu laman web sama ada bagi tujuan perdagangan atau peribadi tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada Syarikat terlebih dahulu didapati dan diperolehi. Anda tidak boleh meniru atau menyesuaikan kod HTML yang diwujudkan oleh Syarikat untuk memaparkan halaman. Kod HTML turut dirangkum dalam hakcipta Syarikat. "Rupa" dan "gaya" Suara Melayu Baru Online dan laman-laman kecilnya juga cap dagang Syarikat, dan ini termasuk skim warna, bentuk butang, susun atur dan semua unsur-unsur grafik lain dalam Suara Melayu Baru Online.
    Bahan agensi berita pihak ketiga yang terkandung dalam Suara Melayu Baru Online dilindungi oleh hakcipta dan tidak boleh diterbitkan, disiarkan, ditulis semula untuk disiarkan atau diterbitkan atau diedarkan semula secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua perantara. Bahan ini atau mana-mana bahagian daripadanya tidak boleh disimpan dalam komputer kecuali bagi kegunaan peribadi dan bukan perdagangan.
    Agensi/agensi-agensi berita tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kelewatan, ketidaktepatan, kesilapan atau ketinggalan terhadapnya atau terhadap penghantaran atau penyerahan semua atau mana-mana bahagian daripada atau bagi sebarang gantirugi yang berbangkit daripada apa-apa perkara yang disebut sebelum ini.
  2. Syarikat dan anak-anak syarikatnya (kumpulan media di bawah MAZIMA Jaya Enterprise)

    Syarikat dan kumpulan syarikatnya beroperasi di Malaysia. 
    Syarikat, melalui anak-anak syarikatnya, turut menyediakan perkhidmatan kandungan dan pengiklanan di portal digital (Suara Melayu Baru Online, USofMsia).
  3. Cap Dagang

    Cap dagang dan cap perkhidmatan yang dimiliki oleh Syarikat antara lainnya adalah Suara Melayu Baru Online, USofMsia, SahabatSMB dan setiap logo di semua laman. Semua cap dagang dan nama dagang lain dimiliki oleh pemiliknya masing-masing.
  4. Peraturan Am

    Syarikat mempunyai komuniti pengguna yang berkembang pesat dan menggalakkan komen dibuat terhadap artikel, cerita dan post blog. Kami banyak memberi tumpuan kepada komuniti ini dan sentiasa berusaha untuk memastikan perbualan yang saling menghormati, menarik dan informatif. Bagi tujuan itu, kami menetapkan garis panduan sewaktu membuat komen. Garis panduan ini dikuatkuasakan 24/7 oleh sistem pengantara yang merangkumi pasukan kakitangan dan alat pengantara.
    Jika menurut pendapat mutlak kami, komen anda dengan konsisten atau dengan sengaja menjadikan komuniti ini ruang yang kurang sopan dan menyeronokkan, anda dan komen anda akan disingkirkan dan dipadamkan daripada komuniti ini.
    Syarikat menggalakkan suasana yang terbuka, telus dan sopan untuk komen dan pengguna. Perbincangan dan penghujahan yang kritis, mendalam dan bijak amat digalakkan.
    A. Perkara Yang Dilarang. Semua orang dialu-alukan dan digalakkan menyuarakan pendapat mereka tanpa mengambil kira identiti, politik, ideologi, agama atau persetujuan dengan ahli-ahli komuniti yang lain, penulis post atau ahli kakitangan selagi pendapat ini penuh hormat dan menambah isi perbualan dengan membina. Walau bagaimanapun, komuniti ini tidak akan mentoleransi serangan langsung atau tidak langsung, kata-mengata atau kata-kata kesat, dan juga tidak mentoleransi percubaan yang disengajakan untuk melencongkan, merampas, ‘troll’ atau mengumpan orang lain agar memberikan balasan penuh emosi. Kami merizab budi bicara mutlak untuk memadamkan komen sebegini daripada komuniti jika wajar. Individu yang dengan konsisten atau sengaja membuat komen sebegini boleh diberikan amaran dalam talian dan, jika perlu, disingkirkan daripada komuniti dan/atau dilaporkan kepada pihak berkuasa relevan. Kami telah merumuskan Peraturan Am berikut agar semua dapat meraih manfaat maksimum daripada Suara Melayu Baru Online. Sila ambil maklum bahawa peraturan ini dikenakan kepada serahan media beraneka seperti imej, klip video dan audio, serta kandungan berkaitan dengan anda seperti imej avatar. Contoh komen yang tidak dibenarkan di bawah Peraturan Am kami termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • Yang bersifat kasar/menyakitkan hati/lucah;
    • Memfraud, menipu atau memperdaya;
    • Terkeluar dari topik;
    • Spam (seperti ulasan yang sama yang berkali-kali dibuat) atau memasukkan pautan tertentu ke laman lain;
    • Dengan tersirat atau nyata menyerang dan/atau memfitnah mana-mana pihak ketiga;
    • Komen menyakitkan hati tentang sebarang jantina, asal-usul etnik, agama, bangsa atau budaya;
    • Menggalakkan sebarang aktiviti haram;
    • Menerangkan atau menggalakkan aktiviti yang boleh membahayakan keselamatan atau kebajikan orang lain;
    • Mempromosi perkhidmatan, produk atau pertubuhan politik tertentu;
    • Nampaknya menyamar diri sebagai orang lain;
    • Mengandungi pendedahan maklumat peribadi termasuk nama, nombor hubungan, alamat, e-mel dan lain-lain;
    • Melanggar hak keempunyaan, hakcipta atau cap dagang mana-mana pihak;
    • Kepenyalahan undang-undang dan/atau kemungkiran sebarang peraturan atau undang-undang yang kini berkuat kuasa;
    • Ditulis dalam bahasa lain kecuali Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia kecuali dinyatakan dengan jelas;
    • Sebarang komen lain yang dianggap tidak sesuai oleh Pasukan;
    • Mengiklankan atau mempromosi produk atau laman web tidak dibenarkan di mana-mana jua di Suara Melayu Baru Online. Ini termasuk pautan kepada:
    • Laman web peribadi atau forum;
    • Tinjauan dan soal selidik;
    • Laman web perdagangan atau laman lelongan yang wujud terutamanya untuk menjual produk.
    • Butir-butir majlis amal atau pungutan derma 
      Misalnya, jika relevan pada perbincangan, pautan boleh dibuat kepada laman web yang menjual album atau buku jika ini membantu pengguna lain atau mengesyorkan sesuatu yang mungkin menarik minat mereka. Walau bagaimanapun, meletakkan pautan kepada album kumpulan muzik anda sendiri atau cuba menggalakkan pembeli melawat laman lelongan e-bay atau pungutan derma anda sendiri mungkin menyebabkan post anda dipadamkan.
    • Risiko melanggar undang-undang hakcipta
      Undang-undang hakcipta wujud untuk menghalang seseorang daripada menjiplak karya orang lain. Undang-undang ini diguna pakai terhadap internet dalam cara yang sama seperti TV, buku dan media. Pelanggaran undang-undang hakcipta boleh menyebabkan tindakan dibawa di mahkamah.
      Sila jangan masukkan petikan teks yang panjang lebar yang disalin daripada sumber lain, kerana ini mungkin suatu pelanggaran hakcipta. Petikan pendek untuk menyerlahkan sesuatu perkara mungkin dibenarkan, walau bagaimanapun ini adalah menurut budi bicara kami.
      Jika anda ingin merujuk kepada sumber maklumat luar, lebih wajar jika anda memasukkan pautan kepada laman web luar yang berkenaan.
      Di samping itu, post dengan bahasa teks yang berat atau bahasa yang tidak dapat difahami seperti kod, juga tidak dibenarkan kerana ini boleh mengganggu aliran perbualan yang bersahaja.
      Menyumbang bahan kepada komuniti Suara Melayu Baru Online dengan niat untuk melakukan jenayah, melanggar undang-undang, atau menyokong atau menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang benar-benar dilarang.
      Di samping itu, kami boleh memadamkam post yang kami anggap boleh membahayakan pengguna lain – yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, menawarkan nasihat perubatan dan kesihatan, atau menggalakkan penyalahgunaan dadah atau alkohol atau mencederakan diri sendiri.
    • Mengandungi kenyataan yang berpotensi memfitnah
      Undang-undang fitnah wujud untuk melindungi individu dan/atau organisasi daripada serangan tidak wajar, salah atau tidak benar terhadap reputasi mereka.
      Memasukkan kenyataan memfitnah di blog adalah sama seperti menerbitkannya di dalam akhbar atau majalah dan boleh menyebabkan prosiding undang-undang dimulakan.
      Untuk mengelakkan prosiding undang-undang dimulakan, sila pastikan bahawa anda menentusahkan maklumat dalam posting anda sebagai benar dan tepat, terutamanya sewaktu mengutarakan kenyataan negatif sebagai fakta. Di samping itu, elakkan daripada membuat kesimpulan dengan tergesa-gesa, membesar-besarkan cerita atau membuat implikasi secara halus. Ingat bahawa dengan menambah perkataan 'dikatakan' dalam sesuatu kenyataan tidak bererti kenyataan tersebut tidak memfitnah.
      Anda dan Suara Melayu Baru Online kedua-duanya boleh dipertanggungjawabkan jika anda membuat kenyataan memfitnah di laman web Suara Melayu Baru Online. Jadi kami akan memadamkam komen jika kami tidak mempunyai keterangan yang cukup untuk membela penerbitan kenyataan anda. Ini bermaksud pengantara Suara Melayu Baru Online boleh mengambil sikap amat berhati-hati apabila mempertimbangkan sesetengah komen.
    • Memaki atau mengganggu
      Kelakuan memaki atau mengganggu tidak dibenarkan di Laman Web Suara Melayu Baru Online. Ini termasuk:
      • Menggunakan kata-kata menyumpah (termasuk singkatan atau ejaan alternatif) atau bahasa lain yang kemungkinan besar akan menyinggung perasaan.
      • Mengganggu, mengugut atau menyebabkan penderitaan atau kesulitan kepada mana-mana orang atau orang-orang.
      • ‘Flaming’: Ini bermaksud meletakkan post yang marah-marah dan tidak bertimbang rasa.
      • ‘Trolling’: Ini bermaksud sengaja menyatakan perkara yang provokatif sekadar untuk menimbulkan kekacauan.
      • Melanggar hak, menyekat atau menghalang orang lain daripada menggunakan dan memperolehi manfaat daripada SMB Online.
      • Cuba menyamar diri sebagai orang lain.
      • Menggunakan pelbagai akaun untuk mengganggu papan mesej, menyakitkan hati pengguna, atau untuk mengelakkan pra-pengantaraan.
      • Menaikkan benang (‘bumping’) atau mewujudkan benang pendua, memasukkan post dalam sedemikian cara hingga menyebabkan masalah teknikal, atau sebarang percubaan lain untuk mengganggu aliran perbualan yang bersahaja.
      • Akaun pengguna yang dengan serius atau dengan berulang kali memaparkan kelakuan sedemikian mungkin dikenakan pra-pengantaraan atau disekat buat selama-lamanya dan tidak dibenarkan kembali.
    • Menyakitkan hati
      Komen yang mengandungi kandungan yang menyakitkan hati tidak dibenarkan di laman SMB Online. Bahan yang bersifat perkauman, seksis, prejudis terhadap homoseksual, melumpuhkan, lucah, memaki, atau sebaliknya kasar akan dipadamkan dan jika keterlaluan akan menyebabkan akaun anda disekat dengan serta-merta dan buat selama-lamanya.
    • Terkeluar dari topik
      Komen yang tiada kaitan dengan subjek catatan artikel yang disumbang oleh anda dianggap ‘terkeluar dari topik'.
      Sila jangan sumbangkan bahan yang terkeluar dari topik dalam artikel yang mempunyai subjek khusus, kecuali jika artikel dinyatakan sebagai post terbuka. Jika komen anda dipadamkan kerana terkeluar dari topik, anda mungkin boleh memasukkan semula komen anda di bahagian topik yang lebih relevan.
    • Mengandungi butir-butir peribadi
      Memasukkan butir-butir hubungan atau pengenalan dalam komen seperti nombor telefon, alamat pos atau e-mel tidak dibenarkan di sebahagian besar perkhidmatan. Sila jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi tentang diri anda atau orang lain kerana ini mungkin menyebabkan anda atau orang lain menanggung risiko.
    • Risiko penghinaan mahkamah
      Apabila suspek ditangkap kerana kesalahan, atau kesalahan-kesalahan, sekatan undang-undang akan dikenakan. Sila berhati-hati apabila membincangkan laporan tentang tangkapan atau prosiding mahkamah. Pautan kepada cerita berita, catatan blog, dan komen yang telah diarkib juga mungkin menyalahi undang-undang kerana undang-undang penghinaan Malaysia biasanya melarang sebarang rujukan kepada sabitan bersalah sebelum itu bagi seseorang yang menghadapi prosiding mahkamah baru.
    • Mengandungi spam
      Spamming’ atau ‘flooding’ tidak dibenarkan di Laman SOnline. ‘Spamming’ bermaksud kerap kali menghantar sumbangan yang sama atau hampir serupa di pelbagai blog atau catatan. ‘Flooding’ bermaksud berkali-kali menghantar semula sumbangan anda ke laman yang sama.
      Sila jangan gunakan tandatangan di bawah komen anda untuk mempromosi laman web, perkhidmatan, produk, atau kempen. Ini akan menyebabkan post anda dipadamkan kerana dianggap spam.
    • Mengandungi URL yang tidak sesuai
      Misalnya, anda tidak boleh membuat pautan kepada
      • Kandungan yang menyalahi undang-undang, tidak sesuai atau lucah.
      • Laman web yang memerlukan pembayaran untuk mendapatkan akses.
      • Kandungan bahasa asing.
      • Laman web yang memulakan muat turun fail atau menghendaki perisian tambahan untuk melihatnya. Ini termasuk fail .pdf dan .mp3.
    • Laman web yang mengiklankan atau mempromosi produk
      Dalam sesetengah keadaan, pengantara akan menyunting pautan dan meninggalkan komen lain yang dapat dilihat di papan mesej. Jika begitu pautan akan digantikan oleh kata-kata [Unsuitable/ broken URL removed by moderator]
      Syarikat mengalu-alukan maklum balas, yang positif dan juga negatif, tentang program dan perkhidmatan kami tetapi sila pastikan bahawa komen anda mematuhi Peraturan Am di atas.
      Berulang kali meletakkan post yang mengandungi komen peribadi atau menyakitkan hati tentang individu atau mereka yang bekerja dengan Syarikat dan kumpulan syarikatnya boleh dianggap kacau ganggu. Kami merizab hak untuk memadamkan mesej sedemikian dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
    B. Proses Pengantara.Untuk mengekalkan suasana yang sopan, pasukan pengantara kami mungkin membaca komen sebelum komen tersebut dipaparkan kepada pengguna lain. Jika begitu, anda boleh melihat bahawa komen anda sedang menunggu kelulusan. Masa kelulusan bergantung kepada jumlah komen di seluruh laman, jadi anda diharap bersabar; kami akan menangani semua komen secepat mungkin.
    C. Perkara Yang Digalakkan. adilah diri anda sendiri, bukannya orang lain. Pendapat setiap insan adalah bernilai dan unik. Jika anda berpura-pura menjadi orang lain, ciri-ciri unik anda atau orang lain akan hilang. Jangan memberikan gambaran yang salah tentang diri anda atau orang lain, menyebarkan maklumat yang salah, mewujudkan pelbagai akaun atau "astroturf" (Apabila pengguna berpura-pura menjadi pengulas yang objektif, tetapi mempunyai kepentingan diri dalam subjek tersebut). Jika anda berbuat demikian, komuniti akan menjadi tempat yang kurang menyeronokkan dan berharga dan komen anda akan dipadamkan apabila kami melihatnya. Komuniti ini adalah ruang yang selamat. Kami benar-benar percaya bahawa SMB seharusnya menjadi suatu ruang yang selamat untuk individu, kumpulan dan idea mereka. Oleh itu, bahasa yang ganas dan bermusuhan atau seruan agar melakukan keganasan dan permusuhan tidak dialu-alukan di sini. Jika anda secara langsung atau tidak langsung mengancam kesejahteraan fizikal atau mental seorang ahli komuniti ini, atau individu atau kumpulan yang menjadi subjek sesuatu artikel, anda akan disingkirkan dengan serta-merta. Jika ancaman yang boleh dipercayai dibuat terhadap sesuatu individu atau kumpulan, ancaman tersebut bukan sahaja akan dipadamkan tetapi kemungkinan besar akan dilaporkan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dan kami akan bekerjasama dengan mereka setakat yang diminta. Maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi tidak boleh dimasukkan dalam bahagian komen SMB. Langkah ini memudaratkan. Jika anda melihat sebarang ancaman, gangguan atau ‘trolling’ tentang maklumat peribadi, sila laporkannya dengan segera.
    Jika anda mempunyai sebarang komen, kami sentiasa di sini dan menyediakan kakitangan yang akan membaca dan membalasnya. Jika anda mempunyai aduan, soalan, kebimbangan atau maklum balas – positif atau kritis - sila hubungi kami.
  5. Penafian dan Amaran

    A. Pilihan Penafian. Syarikat berusaha untuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung dalam halaman ini adalah tepat. Walau bagaimanapun, Syarikat tidak membuat sebarang representasi tentang ketepatan, kebenaran, kesempurnaan, kesesuaian, kesahan sebarang maklumat di halaman ini dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, ketinggalan, kelewatan pada maklumat yang terkandung dalam halaman ini atau sebarang maklumat lain yang diakses melalui laman ini, termasuk tanpa had, sebarang maklumat yang diperolehi melalui pautan di laman ini kepada laman luar, atau sebarang kerugian, kecederaan atau kerosakan yang berbangkit daripada paparan atau penggunaannya. Semua pengguna benar-benar digalakkan mendapatkan nasihat profesional sebelum bergantung kepada sebarang maklumat yang diberikan di dalam ini.
    B. Pilihan Amaran. Untuk mengelakkan kekecewaan, kami menggalakkan anda membaca Terma dan Syarat dan Peraturan Am kami sebelum membuat komen. Sila ingat bahawa komen anda tertakluk kepada peraturan ini serta Terma & Syarat kami dan boleh dipadamkan tanpa notis terdahulu sekiranya ia melanggar mana-mana Terma dan Syarat dan Peraturan Am yang disebut sebelum ini.
  6. PRIVASI Maklumat Peribadi

    Sila rujuk kepada dasar privasi untuk membaca terma-terma tentang penggunaan maklumat anda.
  7. KEBENARAN

    Syarikat ingin menggunakan maklumat peribadi anda hanya bagi tujuan kepentingan sah dan dengan kebenaran anda. Untuk pelanggan, penerimaan terhadap pengumpulan, pengumpulsemakan, penggunaan dan/atau pendedahan semua maklumat peribadi oleh Syarikat membentuk salah satu syarat bagi tujuan melanggan pakej. Dengan melanggan, anda menandakan persetujuan anda.
    Untuk individu lain/ahli SMB, Syarikat mungkin mengumpul maklumat anda semasa pendaftaran ahli dan aktiviti perniagaan. Maklumat hanya akan digunakan untuk kepentingan sah.
    Kami hanya menyimpan Maklumat Peribadi selama mana yang perlu untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan bagi pengumpulannya. Kami menyimpan Maklumat Peribadi mengikut garis panduan, prosedur dan prinsip kami dan selaras dengan undang-undang yang berkenaan.
    Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada anak-anak syarikat lain dalam kumpulan Syarikat atau kepada Vendor (sering kali dirujuk sebagai pemproses data). "Vendor" berhubung dengan Maklumat Peribadi bermaksud mana-mana orang atau entiti (selain daripada pekerja Syarikat) yang memproses Maklumat Peribadi bagi pihak Syarikat. "Pemprosesan", berhubung dengan Maklumat Peribadi bermaksud contohnya mendapatkan, merekodkan, memegang atau menggunakan Maklumat Peribadi semasa melaksanakan apa-apa operasi atau himpunan operasi terhadap Data Peribadi termasuk mengatur, menyusun, mendapatkan kembali mendedahkan Maklumat Peribadi bagi Tujuan penentusahan. Anak-anak syarikat ini akan merahsiakan Maklumat Peribadi anda, selaras dengan semua perundangan Perlindungan Data yang berkenaan dan akan memproses mana-mana Maklumat Peribadi sedemikian hanya untuk Tujuan tersebut dan menurut terma-terma yang dinyatakan di dalam ini.
    Kami boleh mendedahkan Maklumat Peribadi anda jika kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau keperluan pihak berkuasa yang kompeten.
    Di samping perkara di atas, kami boleh dari semasa ke semasa melaksanakan inisiatif khusus dengan syarikat /organisasi pihak ketiga yang dipilih dengan teliti (di luar Syarikat) untuk berkongsi peluang dengan anda. Jika kami berbuat demikian, kami akan memaklumkan anda pada masa inisiatif itu dilaksanakan bahawa, jika anda membuat keputusan untuk memberikan sebarang Maklumat Peribadi, Maklumat Peribadi tersebut akan dikongsi dengan syarikat/organisasi terpilih tersebut dan kami hanya akan berbuat demikian sekiranya mendapat kebenaran terdahulu daripada anda.
    Anda akan sentiasa diberi peluang untuk membenarkan (pilihan penyertaan) maklumat anda dikongsi selaras dengan perkara di atas, dan syarikat/organisasi terpilih akan dikenal pasti dengan cukup bagi membolehkan anda membuat keputusan termaklum. Jika anda membenarkan (pilihan penyertaan) dan seterusnya melawat laman web syarikat/organisasi tersebut, kami tidak dapat mengawal cara bagaimana mereka menggunakan atau sebaliknya memproses mana-mana Maklumat Peribadi yang diberikan oleh anda secara terus kepada mereka. Kami sentiasa menggalakkan anda agar menyemak terma dan syarat dan dasar privasi laman mereka sebelum anda memberikan apa-apa Maklumat Peribadi.
    Jika anda memberi kebenaran (pilihan penyertaan) untuk menerima komunikasi ini, anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa di masa hadapan dengan menghubungi kami.
    Pilihan Penyertaan:ami tidak akan menggunakan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan yang tidak dinyatakan terlebih dahulu, melainkan kami sebelum ini telah mendapat kebenaran anda atau melainkan jika tujuan tersebut dikehendaki oleh undang-undang.
    Kebenaran untuk memberikan Maklumat Peribadi tidak menjadi syarat bagi kami menjual produk kepada anda, melainkan jika maklumat yang diminta diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan secara jelas dan sah.
    Khususnya, kami secara amnya akan mendapatkan kebenaran terdahulu yang nyata daripada anda (pilihan penyertaan) sebelum menghantar komunikasi pemasaran kepada anda.
    Membatalkan Langganan: Anda boleh menarik balik kebenaran anda terhadap pengumpulan, penggunaan atau pendedahan (secara amnya Pemprosesan) Maklumat Peribadi anda oleh kami pada bila-bila masa, dengan menulis kepada kami dalam cara yang ditetapkan (sama ada melalui e-mel, surat atau faks), seperti yang dinyatakan dalam komunikasi kami kepada anda, atau dalam borang-borang relevan yang mungkin anda tandatangani (misalnya untuk skim kesetiaan pelanggan kami). Jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan, tentang kefungsian pembatalan langganan yang kami sediakan kepada anda, selaras dengan seksyen ini, sila hubungi kami di alamat atau perantara yang ditunjukkan dalam seksyen 10 Terma dan Syarat ini.
    Jika anda sebelum ini memilih untuk menerima komunikasi perdagangan daripada kami, di samping menjadi ahli skim kesetiaan kami, sekiranya keahlian anda dalam skim tersebut tamat atas apa jua jenis sebab, kami tidak akan menganggapnya secara tersirat sebagai permintaan automatik untuk berhenti melanggan, dan kami akan mengandaikan bahawa kami terus mempunyai kebenaran anda, kecuali jika anda mengambil keputusan khusus untuk berhenti melanggan.
    Produk atau Perkhidmatan Serupa (Pilihan penyertaan tersirat): Dalam bidang kuasa tertentu, komunikasi perdagangan boleh dihantar oleh e-mel meskipun jika tiada kebenaran terdahulu yang nyata (pilihan penyertaan) jika butir-butir penerima telah dikumpul berhubung dengan penjualan atau rundingan bagi penjualan produk atau perkhidmatan, tidak kira sama ada kontrak selesai dicapai, dengan syarat sentiasa bahawa identiti penghantar dinyatakan dengan jelas dan pilihan untuk berhenti melanggan diberikan. Ini biasanya dirujuk sebagai "pengecualian Produk atau Perkhidmatan Serupa", atau sebagai "peraturan Pilihan Penyertaan Tersirat ". Jika peraturan ini diguna pakai, kami boleh bergantung kepadanya untuk menghantar komunikasi pemasaran kepada anda yang kami anggap mungkin menarik minat anda, tetapi kami akan memastikan bahawa perkara ini dijelaskan dan bahawa anda diberi peluang untuk memilih untuk tidak menerima komunikasi sedemikian daripada kami, dan anda juga akan sentiasa diberi peluang untuk berhenti melanggan selepas itu.
  8. KETEPATAN maklumat

    Syarikat memastikan Maklumat Sulit disimpan dengan seberapa tepat, lengkap dan dikemaskinikan sebagaimana yang perlu, dengan mengambil kira penggunaannya dan kepentingan pelanggan kami.
    Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada kami tentang perubahan pada Maklumat Peribadi anda dan untuk memastikan bahawa maklumat tersebut adalah tepat dan terkini.
  9. Kepatuhan dengan Undang-undang

    Syarikat telah mewujudkan prosedur untuk menerima dan membalas pertanyaan tentang dasar dan amalan kami berkaitan dengan pengendalian Maklumat Peribadi. Sebarang aduan atau pertanyaan harus dibuat secara bertulis dan dialamatkan seperti yang ditunjukkan dalam seksyen 10 di bawah.
    Syarikat menyiasat semua aduan. Permintaan akan dimajukan kepada kakitangan yang berkenaan. Jika aduan didapati dijustifikasi, Syarikat akan mengambil langkah yang sesuai untuk menyelesaikan perkara ini termasuk, jika perlu, meminda dasar dan amalannya.
  10. Hubungi Kami

    Jika terdapat sebarang soalan atau kebimbangan tentang Terma dan Syarat ini atau amalan kebenaran yang dibentangkan di dalam ini, sila hubungi kami seperti berikut:
    Melalui E-mel: ariffraazdinamik@gmail.com
    Melalui Pos: MAZIMA Jaya Enterprise, No. 23, Lorong Bentara 11, Tmn Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, P. Pinang.
    Talian Perkhidmatan Pelanggan:  019-4797995
Penafian: BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM INI DISEDIAKAN “SEADANYA” DAN TANPA SEBARANG JAMINAN TIDAK KIRA JENISNYA SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN SELARAS DENGAN UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN. ANDA BERSETUJU UNTUK MENANGGUNG RUGI, MEMBELA DAN TIDAK MEMPERTANGGUNGJAWABKAN LAMAN WEB SMB Online DAN SEMUA RAKAN NIAGA GABUNGAN TERHADAP APA-APA TUNTUTAN (TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, TUNTUTAN UNTUK FITNAH, MEMPERKECIL-KECILKAN PERDAGANGAN (‘TRADE DISPARAGEMENT’), PELANGGARAN PRIVASI DAN HARTA INTELEK) DAN GANTIRUGI TERMASUK FI PEGUAM BERBANGKIT DARIPADA SEBARANG PENYERAHAN OLEH ANDA ATAU MELALUI AKAUN ANDA.
Share on Google Plus

About Muhammad Ariff

0 comments:

Post a Comment